Wednesday 14 February 2018

5S pada hari jumaat 9.2.2018

5S DI KELAS... TKS SEM 2


        Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang  dipelopori oleh negara Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan awalan huruf ‘S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S.



          Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya  peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa jepun. Kaizen dilihat sebagai salah satu cara pembaikan yang dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi secara berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses.kita melakukan aktiviti ini sebelum kita balik rumah.kita membersihkan almari di belakang dan kita membuang barang yang tidak diguna dan rosak. 


  










No comments:

Post a Comment